PERASMIAN FESKO 62
Menjadi tradisi UTM untuk menganjurkan Festival Konvokesyen (FESKO) sempena berlangsungnya Majlis Konvokesyen untuk ke-62 ini yang dianjurkan sepenuhnya oleh para mahasiswa bagi memberi peluang kepada mereka menerapkan skil kepimpinan dan keusahawanan dalam tempoh pengajian mereka di UTM.
FESKO 62 kali ini dianjurkan secara bersama oleh pelajar 5ETP, Kolej Tun Razak dan Kolej 9&10 dan akan berlangsung dari 23 April sehingga 2 Mei 2019. Majlis perasmian FESKO 62 disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Ismail Karim, Ahli Lembaga Pengarah UTM.