Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Bitara Wajah Siri 3/2021

August 2, 2021 @ 10:00 am - 11:00 am

Kemahiran tatarias diri dan dandanan amat penting bagi setiap individu bagi tujuan mengekalkan  kebersihan dan kekemasan diri yang juga memberi impak kepada pengaruh hubungan sosial dalam organisasi dan masyarakat. Projeksi diri yang memperlihatkan kekemasan dan kebersihan dari hasil tatarias diri dan dandanan yang cantik mampu menjadi satu daripada faktor penting dalam  memupuk, mengekalkan jaringan hubungan profesional atau santai yang baik dan mengekalkan keseimbangan perkembangan organisasi.

Kemahiran tatarias diri dan dandanan serta kepentingan mengekalkan aroma badan yang bersih juga memberi kesan baik kepada perkembangan citra diri, imej, cerminan tahap penghargaan anda kepada diri sendiri, perkembangan pergaulan, sikap dan persepsi positif anda terhadap diri sendiri. Oleh kerana terdapat manafaat yang besar kepada psikologi diri individu yang menitikberatkan penjagaan rutin harian tatarias diri dan dandanan, kami Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dengan segala sukacitanya menjemput anda untuk menyertai program BITARA WAJAH SIRI 3/2021 pada 2 Ogos 2021 (Isnin) bermula pada jam 10.00 pagi.

Pautan Pendaftaran program adalah seperti berikut https://bit.ly/DAFTARBITARAWAJAH03 atau imbas QR CODE di poster yang dilampirkan.

Details

Date:
August 2, 2021
Time:
10:00 am - 11:00 am
Event Category:

Venue

online

Organizer

Pusat Kaunseling UTMKL