April 4, 2023 @ 11:00 am - April 12, 2023 @ 2:00 pm
Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dengan kerjasama Volunteering Trip Malaysia dan Institut Kanser Negara akan mengadakan aktiviti USR Program Cahaya Raya 2023 pada 4 hingga 12 April 2023 bertujuan untuk membantu pejuang kanser, ibu tunggal dan staf di Institut Kanser Negara. Segala sumbangan akan disalurkan ke Institut Kanser Negara pada 14 April 2023 (Jumaat) di “Majlis Sentuhan Ukhuwah di Aidilfitri 2023” anjuran Institut Kanser Negara.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah;
Aktiviti 1: Pengumpulan pelbagai Baju Raya / Beg / Kasut Baru dan Pre-Loved
Aktiviti 2: Penajaan Goodie Bag (bernilai RM 50) yang mengandungi bahan makanan asas
Aktiviti 3: *Sumbangan Kewangan melalui saluran berikut;
Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan Institut Kanser Negara (CIMB :8602156438)
Tabung Endowment MJIIT ( Bank Islam : 14032010035630)