Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Damai Di Hati, Fahami Major Depressive Disorder: Cakna Tanda-Tandanya

July 2, 2021 @ 10:00 am - 10:30 am

Kesedihan merupakan pengalaman yang lumrah dilalui oleh manusia. Seseorang individu mungkin berasa sedih atau kemurungan apabila orang yang disayangi meninggalkan mereka atau apabila mereka berhadapan dengan dugaan kehidupan, seperti penderaan atau kesakitan. Kemurungan merupakan kecelaruan mood yang mengakibatkan perasaan kesedihan dan kehilangan minat secara berterusan. Major depressive disorder (MDD) atau kemurungan klinikal,  merupakan keadaan perubatan yang signifikan yang memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan. MDD mempengaruhi emosipemikiran dan tingkah laku fizikal, seperti selera makan dan tidur. Penghidap MDD juga mempunyai masalah untuk melakukan aktiviti harian secara normal dan kadangkala berasakan hidup tidak bererti.
Pandemik Covid-19 yang berulang dan berlarutan serta proses kuarantin yang panjang dan tekanan ekonomi yang berterusan menyebabkan emosi penduduk seluruh dunia termasuk di Malaysia semakin tertekan terutama akibat kehilangan punca mata pencarian dan ancaman terhadap nyawa. Ada juga yang tertekan disebabkan masalah keluarga, keseorangan, bebanan akademik dan perubahan keperluan tugas. Ramai di antara rakyat Malaysia ketika ini yang mengalami perasaan ketakutan, tekanan, cemas, trauma, kebimbangan dan kemurungan serta melakukan percubaan atau membunuh diri.  
 
Kajian di kalangan dewasa Amerika Syarikat semasa pandemik  COVID-19 menunjukkan bahawa kewujudan   major depressive disorder      (MDD) adalah tinggi di kalangan individu yang tiada sejarah mengalami  kemurungan.  Senario yang sama berlaku di Malaysia berikutan pandemik yang sedang melanda negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut, bersama-sama kami Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) membicarakan isu ini dengan menyertai program DAMAI DI HATI. FAHAMI MAJOR DEPRESSIVE DISORDER: CAKNA TANDA-TANDANYA pada 2 Julai 2021 (Jumaat), bermula pada jam 10.00 pagi.
 
Link penyertaan (Webex) akan dihantar setelah peserta membuat pendaftaran di https://forms.gle/ngBdwfLXPA5daWtx9 atau imbas QR Code yang disediakan di dalam poster di atas.  

Details

Date:
July 2, 2021
Time:
10:00 am - 10:30 am
Event Category:

Venue

Online Webex
Malaysia

Organizer

Pusat Kaunseling UTMKL