Sebilangan besar daripada kita akan merasa gembira apabila mendapat pujian tentang apa yang kita lakukan atau bagaimana rupa dan penampilan kita. Tetapi jika keadaan diri anda sentiasa dan setiap masa ingin mendapat perhatian atau pujian daripada orang lain sehingga memberi kesan negatif kepada kehidupan, individu tersebut mungkin sedang mengalami Gangguan Personaliti Histrionik (HPD). Di antara kriterianya ialah apabila individu mudah cenderung beremosi dan memperlihatkan tingkah laku dramatik yang melampau dengan tujuan untuk menarik perhatian umum kepada dirinya secara berterusan. Ini bukan taktik sedar untuk memanipulasi atau mengawal orang lain. Sebaliknya, individu tersebut mungkin tidak menyedari bagaimana tingkah laku ini memberi kesan negatif terhadap hubungan dirinya dengan orang lain.
Bagi berkongsi lebih lanjut apakah itu Histrionic Personality Disorder(HPD) , kami daripada Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dengan segala sukacitanya menjemput anda untuk menyertai program Damai Di Hati: Histrionic Personality Disorder(HPD): Setiap Detik Berdramatik pada 13 Ogos 2021 bermula pada jam 10.00 pagi.
Pautan Pendaftaran Program adalah seperti berikut https://forms.gle/A9mnaDmt8wCpxpxa7 atau imbas QR CODE di poster yang disediakan.
Mata CPD dan MyACAD disediakan.