Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Damai Di Hati: Risiko Isolasi Sosial Terhadap Kemaslahatan Diri

July 9, 2021 @ 10:00 am - 10:30 am

Pandemik Covid-19 menyebabkan kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari bulan Mac 2020 lagi. Pandemik itu sendiri memaksa manusia di seluruh dunia untuk melakukan penjarakan sosial, manakala PKP memastikan penjarakan itu dilakukan di rumah bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.
 
Isu berkaitan isolasi sosial semakin kerap diwar warkan dalam media sosial rentetan dari PKP. Isolasi sosial boleh menjadi lebih buruk kesannya kepada pesakit Covid-19 dan kontak rapat pesakit Covid-19 serta mereka yang tinggal keseorangan. Ini adalah kerana isolasi sosial menimbulkan kesan kepada kesihatan mental serta berhubung kait dengan penyalahgunaan bahan dan keganasan rumah tangga. 
 
Pandemik ini menunjukkan kepada kita semua bahawa hubungan sosial adalah fundamental dalam kehidupan individu. Isolasi sosial dalam norma baru mampu mengubah dan menjejaskan hampir keseluruhan aspek kehidupan seseorang. 
 
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu isolasi sosial ini, bersama-sama kami Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dalam program DAMAI DI HATI: RISIKO ISOLASI SOSIAL TERHADAP KEMASLAHATAN DIRI pada 9 Julai 2021 (Jumaat), bermula pada jam 10.00 pagi.
 
Link penyertaan (Webex) akan dihantar setelah peserta membuat pendaftaran di https://forms.gle/Uf8jbn4nZPRLkbP56 atau imbas QR Code yang disediakan di dalam poster di atas.  

Details

Date:
July 9, 2021
Time:
10:00 am - 10:30 am
Event Category:

Venue

online

Organizer

Pusat Kaunseling UTMKL