Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Gaya Hidup Sihat UTM – Senamrobik Perdana Siri 1/2020

January 13, 2020 @ 7:30 am - 8:30 am

Free

Assalammualaikum, Salam Tahun Baru 2020

YBhg. Prof/Dr/Saudara yang dihormati,

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT UTM – SENAMROBIK PERDANA SIRI 1/2020

Perkara di atas adalah dirujuk dengan segala hormatnya

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak UTM Sports Excellence akan menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat UTM – Senamrobik Perdana Siri 1/2020. Program akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Januari 2020, Isnin
Masa : 7:30 – 7:45 pagi – Kehadiran Warga UTM
: 7:45 – 8:45 pagi – Senamrobik Perdana
: 9:30 pagi – Staf lapor diri ke PTJ/Fakulti masing-masing
Tempat : Stadium Azman Hashim, UTM JB

3. Seluruh Warga UTM adalah dijemput bersama-sama untuk memeriahkan program dan dinasihatkan untuk hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan semasa pendataran. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan kehadiran staf di PTJ/Fakulti masing-masing adalah teramai sewaktu program berlangsung. Untuk makluman, air mineral cup tidak dibekalkan dalam menyokong usaha menjadikan UTM sebagai Kampus Lestari.

4. Semoga hasrat Pengurusan UTM untuk memastikan gaya hidup sihat sebagai budaya Warga UTM dapat direalisasikan. Kerjasama seluruh Warga UTM dalam menjayakan prorgam ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”

Saya Yang Menjalankan Amanah,
HJ. ABDUL MALIK BIN HJ. ABDUL GHANI
Pengarah Sukan
UTM Sports Excellence
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
UTM Johor Bahru
81310 Johor Bahru
Tel :+607-5535420

Details

Date:
January 13, 2020
Time:
7:30 am - 8:30 am
Cost:
Free
Event Category:
Website:
https://www.facebook.com/1174514697/videos/10220597846194158/

Venue

Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru
Malaysia + Google Map

Organizer

UTM Sports Excellence