
🎉🎪 HARI OSH UTM 2025 🎪🎉
Sukacita dimaklumkan bahawa Seksyen OSHE UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat OSHE UTM dan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Kuala Lumpur akan menganjurkan Program HARI OSH UTM 2025 pada 30 September 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur, bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang 🗓️.
Pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah, pameran dan demonstrasi berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 👷 serta perkhidmatan saringan kesihatan disediakan kepada para pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah! 🎁 Anda mungkin bertuah pada hari tersebut 👌😀
Marilah kita sama-sama 👪 menyertai program ini serta menghayati budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja demi kesejahteraan bersama. KKP Inklusif : Kebersamaan dan Komitmen.
Hubungi Kami
T: 03-26154927 | E: oshe.kl@utm.my