Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Keusahawanan Impact Digital Entrepreneurship Apprentice @ (IDEA@KPT)

August 4, 2022 @ 9:00 am - 11:30 am

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah program itu telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norisma Mohd Ismail, Setiausaha Bahagian BPS yang mewakili Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT
IDEA@KPT merupakan aktiviti yang memberi peluang dan ruang kepada pelajar bersama usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan serta bersama meningkatkan pemasaran menerusi digital dan media sosial.
Ia merupakan sebuah program yang memanfaatkan Perdagangan Digital (Digital Commerce) kepada pelajar Universiti Awam, Politeknik, dan Kolej Komuniti dalam memberikan khidmat dan kepakaran kepada pihak usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang berpotensi untuk dibangunkan ke arah pemasaran digital.
Pelaksanaan IDEA@KPT ini adalah selaras dengan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Keusahawanan (PTK) Kementerian Pengajian Tinggi 2021−2025 dan menepati inisiatif pihak kementerian untuk memperkasakan agenda keusahawanan di sektor pengajian tinggi.
Melalui program seperti ini, diharap lebih ramai usahawan pelapis yang berdaya saing serta berdaya tahan tinggi dapat dilahirkan dalam kalangan pelajar dan graduan IPT, sekali gus memberikan sumbangan bermakna kepada pembangunan ekonomi negara.
Turut hadir YBrs. Prof. TS Dr. Abdul Latif Saleh Pro-Naib Canselor, UTM (Kuala Lumpur), YBrs. Prof Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Pengerusi Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue).

Details

Date:
August 4, 2022
Time:
9:00 am - 11:30 am
Event Category:
Website:
https://www.facebook.com/photo?fbid=434046678761621&set=pcb.434046782094944

Venue

UTM KL