Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Pembangunan Pelajar Survival Alchemy

March 5, 2020 @ 8:00 am - March 7, 2020 @ 5:00 pm

Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan satu program pembangunan pelajar ‘Survival Alchemy’ pada 5 – 7 Mac 2020 bertempat di Teluk Gorek, Mersing. Program ini merupakan kesinambungan modul untuk pembangunan pelajar tahun 1 yang terdapat dalam kerangka MyRoadmap@FS.

Seramai 99 orang pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Sains (Kimia) dan Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) telah menghadiri program ini dengan keterlibatan seramai 14 orang staf akademik dan serta 7 orang pembantu pelajar.

Program tahunan ini dirangka khas bagi memastikan pelajar dapat meningkatkan karakter diri sekaligus mempraktiskan pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk survival pembelajaran dan kehidupan mereka. Selain itu, sifat keyakinan, ketahanan dan daya juang pelajar turut diterapkan menerusi pelbagai aktiviti yang telah disusun. Program ini juga bertujuan menguji amalan ‘7 habits’ pelajar yang telah mereka pelajari semasa mengikuti modul MyRoadmap pada semester lepas. >>

Details

Start:
March 5, 2020 @ 8:00 am
End:
March 7, 2020 @ 5:00 pm
Event Category:

Venue

Teluk Gorek, Mersing
Malaysia

Organizer

Faculty of Science