JK Eksekutif BAKES UTM akan menghantar rombongan 15 sukarelawan terdiri daripada JK BAKES UTM, JK PERTISAS dan juga staf daripada Pusat Islam UTM (PIUTM) bagi menyampaikan sumbangan Bakul Rezeki berupa barangan dapur dan peralatan persekolahan untuk Perkampungan Orang Asli, Kg. Sayong Pinang, Kota Tinggi Johor pada 19hb Mac 2021 ini. Semoga sumbangan ini dapat membantu masyarakat Orang Asli disana dalam kehidupan harian mereka.