Program ini dimulakan dengan tayangan montaj ‘FS Success Story’ untuk tahun 2019. Seterusnya, Dekan Fakulti Sains, UTM, Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff, telah membentangkan rumusan pencapaian Fakulti untuk tahun 2019 serta aspirasi Fakulti untuk tahun 2020.
Program diteruskan dengan pembentangan Perancangan Strategi UTM ‘Key Focus Area’ KFA1 oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Fadhilah Yusof; diikuti dengan pembentangan KFA2 dan KFA6 oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan dan Alumni), Prof. Madya Dr. Zaiton Abdul Majid.
Agenda program diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan dapatan hasil maklumbalas staf; yang dikendalikan oleh Penolong Dekan (Kualiti dan Strategi), Prof. Madya Dr. Normah Maan. Sebelum program berakhir, sesi soal jawab serta sesi bergambar telah diadakan.
Melalui program ‘Roadshow’ ini, semua staf akademik diharapkan dapat memahami strategi, inisiatif dan keutamaan UTM dan Fakulti untuk dilaksanakan bagi tahun 2020. Seterusnya, mereka juga diharapkan mendapat inspirasi dan pemangkin dalam menjalankan tanggungjawab selaras dengan nilai teras UTM #UTMDNA iaitu Integriti, Sinergi, Cemerlang dan Lestari. >>