Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam UTM Sanjungan Bangsa ✨
Sayembara Bahasa Melayu 2022 merupakan program anjuran Kelab Debat, Pidato dan Pemikiran Kritis (DEPIKIR) Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, UTM International, Pusat Islam UTM dan UTMAlumni. Terdapat empat pertandingan yang akan dipertandingkan iaitu Pidato, Deklamasi Sajak, Penulisan Cerpen Jawi dan Penulisan Esei Rumi.
Syarat am pertandingan:
🏹 Peserta dibenarkan menyertai lebih daripada satu kategori pertandingan.
🏹 Karya yang dihantar mestilah karya asli setiap peserta.
🏹 Karya yang dihasilkan tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negativiti mana-mana pihak secara terus atau tidak terus.
🏹 Karya yang dihantar akan menjadi hak penganjur.
🏹 Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuduhan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
🏹 Keputusan panel juri adalah muktamad.
Tarikh tutup penghantaran penyertaan: 1 Mei 2022
#Sayembara2022 #DEPIKIRUTM #BahasaJiwaBangsa #SeanteroDunia #DekadBahasaKebangsaan