SELAM 19 Anjuran Sekolah Pendidikan UTM Aplikasikan Metodologi Service Learning Sebenar Dalam Pembelajaran Berasaskan Komuniti
99 orang mahasiswa tahun 4, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UTM menganjurkan program Smart Exploration Through Learning and Appreciating our Beautiful Malaysia (SELAM 19) di Kampung Tekek, Pulau Tioman
Bertemakan ‘Kelestarian, Pembelajaran dan Teknologi’, antara aktviti yang berimpak tinggi yang telah dijalankan ialah Projek Pelestarian Pulau Tioman, iaitu penghasilan ‘Coral Pots’ menggunakan bahan kitar semula untuk tujuan pembiakan coral di dasar laut, Karnival Sukan, Karnival Suka Belajar berasaskan konsep 3R pintar serta aktiviti berkaitan pembinaan watak guru milenia.