Seminar Ar-Radha’ah Dan Pelancaran Hub Ibu Susuan UTM 2019
August 17, 2019 @ 8:00 am - 4:30 pm
Pihak CFiRST akan mengadakan Seminar Ar-Radha’ah dan Pelancaran Hub Ibu Susuan UTM sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 pada tarikh dan waktu yang diperincikan berikut:
Tarikh: 17 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : SifufBads Academy, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Saudara, objektif seminar ini adalah untuk:
a. Memberi informasi bagi kepentingan mencapai status mahram/ibu susuan dalam kalangan ibu bapa angkat.
b. Memberi pengetahuan berkenaan persiapan kaedah menjayakan penyusuan cetusan dalam kalangan ibu angkat.
c. Memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan sistem KongsiSusu.My sebagai medium mencari ibu susuan/anak susuan dan penyimpanan data anak angkat.
d. Mempromosi, menyokong dan menyampaikan maklumat yang tepat berkaitan amalan perkongsian susu ibu.
Selain itu, acara yang bersejarah yang bakal berlangsung adalah Majlis Peyampaian Anugerah Tokoh Ibu Susuan 2019. Booth jualan barangan ibu dan bayi serta perkhidmatan urutan kesejahteraan daripada MamaCare PLUS turut bakal memeriahkan seminar ini.
Berikut ini kami perincikan butiran lain berkaitan kursus:
Yuran : RM30 sahaja untuk individu & RM50 untuk pasangan suami isteri (tempat adalah terhad)
Sijil akan diberikan kepada semua peserta
Mata CPD akan diberikan kepada staf UTM
Untuk maklumat lanjut mengenai kursus, sila berhubung dengan nombor-nombor berikut: