Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Sesi Penyampaian Anugerah Duta Alumni Global 2023

February 27, 2023 @ 8:30 pm - 10:00 pm

UTMAlumni berpeluang meraikan salah seorang alumni antarabangsa, Dr Badr Mohammed Alsolami yang telah dianugerahkan Duta Alumni Global (Arab Saudi) 2023 dalam satu majlis ringkas di UTM Residensi, Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau merupakan alumni ijazah Doktor Falsafah Senibina tahun 2019 daripada Fakulti Alam Bina dan Ukur.
Prof. Datuk Ts. Ir. Dr Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM telah hadir menyampaikan anugerah berkenaan yang turut dihadiri pengurusan kanan universiti dan wakil pelajar antarabangsa daripada Arab Saudi.
Tahniah diucapkan kepada Dr Badr atas penerimaan anugerah ini dan UTM amat berbangga atas kemajuan kerjaya anda pada masa ini. UTM turut menghargai segala kerjasama dan jaringan yang terbina selama ini dalam membantu UTM kekal sebagai tumpuan dunia khususnya di Arab Saudi.

Details

Date:
February 27, 2023
Time:
8:30 pm - 10:00 pm
Event Category:
Website:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=655421839922459&set=pcb.655422406589069

Venue

UTM Residensi, Kuala Lumpur
Malaysia + Google Map

Organizer

UTMAlumni