Melalui kepercayaan yang diberikan, UTM telah dijemput oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk mempersembahkan idea pembangunan projek keusahawanan yang berpotensi meningkatkan taraf hidup komuniti Bumiputera (khususnya) golongan B40 luar bandar selaras dengan agenda nasional Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
Sekurang-kurangnya 1 projek yang mampu menawarkan end-to-end solution akan dipilih dan diberikan dana Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera 2020 bernilai tidak kurang RM 1Juta, melalui penggabungan beberapa idea kreatif rantaian nilai dari fasa penjanaan idea dan konsep pembangunan produk sehinggalah ke peringkat pengkomersialannya.
Projek keusahawanan yang ingin diketengahkan hendaklah mempunyai tema yang khusus dan perlu melibatkan tidak kurang daripada 5 orang pakar bidang yang akan menyempurnakan pembangunan produk mengikut fasa-fasa pembangunannya masing-masing.
Sila rujuk kriteria utama dana di pautan ini: https://drive.google.com/open?id=1UY1Ktat09xj4NP-HAHdI4ED3xOiDIN3b