Selain daripada bergotong-royong mengekalkan kebersihan kawasan sekitar sungai, kami turut mengadakan aktiviti pembelajaran berkaitan kebersihan sungai. Aktiviti pada hariini turut disertai oleh Ir Mansor Ghani, Naib Presiden Friends of Rivers Malaysia yang juga merupakan Jurutera Air yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dan pelajar-pelajar UTM- MJIIT yang sedang mengikuti pengajian Program Sarjana Pengurusan Risiko Bencana.
Ir Mansor berkongsi tentang tips bagaimana kita dapat bersama-sama meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai melalui program sukarelawan komuniti sahabat sungai.
Pelajar-pelajar turut berpeluang mempelajari bagaimana melakukan ujikaji penentuan kualiti air sungai untuk mengenalpasti tahap kebersihan/pencemaran. >>