Sukacita dengan ini dimaklumkan bahawa, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dalam meneruskan kelestarian ekosistem keusahawanan melalui pendidikan, akan menjalankan satu program khas iaitu Sustainable Entrepreneurial Mindset Showcase (SEMS 2.0). Objektif SEMS 2.0 adalah untuk memberi kefahaman dan bimbingan kepada para pensyarah subjek keusahawanan (UHAK/UBSS) dalam mengenalpasti idea inovatif dan berteknologi pelajar UHAK/UBSS melalui prototaip yang telah divalidasi. Menerusi SEMS juga, proses penilaian pelajar akan dibuat menerusi kaedah pitching menggunakan Business Model Canvas selain mempamerkan prototaip idea/projek pelajar yang mengikuti subjek UHAK. SEMS telah dirancang untuk diadakan pada 3 Disember 2019 dan akan dikendalikan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE). Bagi menjayakan hasrat tersebut, beberapa seksyen kursus UHAK/UBSS telah dipilih sebagai peneraju awal program ini. Pejabat TNCAA mewajibkan setiap pelajar bagi section yang terpilih untuk libatsama dalam program ini. Pelajar dikehendaki untuk membangunkan business idea dan prototype berdasarkan Sustainable Development Goals (SDGs).