Sukacita dengan ini dimaklumkan bahawa, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dalam meneruskan kelestarian ekosistem keusahawanan melalui pendidikan, akan menjalankan satu program khas iaitu Sustainable Entrepreneurial Mindset Showcase (SEMS). Objektif SEMS adalah untuk memberi kefahaman dan bimbingan kepada para pensyarah subjek keusahawanan (UHAK) dalam mengenalpasti idea inovatif dan berteknologi pelajar UHAK melalui prototaip yang telah divalidasi. Menerusi SEMS juga, proses penilaian pelajar akan dibuat menerusi kaedah pitching menggunakan Business Model Canvas selain mempamerkan prototaip idea/projek pelajar yang mengikuti subjek UHAK. SEMS telah dirancang untuk diadakan pada 22 April 2019 dan akan dikendalikan oleh Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE) secara bekerjasama dengan Pejabat Pengajian Pra Siswazah (UGS) dan Azman Hashim International Business School (AHIBS). Bagi menjayakan hasrat tersebut, beberapa seksyen kursus UHAK 1032 telah dipilih sebagai peneraju awal program ini. Pejabat TNCAA mewajibkan setiap pelajar bagi section yang terpilih untuk libatsama dalam program ini. Pelajar dikehendaki untuk membangunkan business idea dan prototype berdasarkan Sustainable Development Goals (SDGs).