Akademi Profesor Malaysia telah ditubuhkan. Ia berbentuk NGO yang didaftarkan di bawah ROS yang beroperasi mengikut perlembagaan. Akademi Profesor buat masa ini bernaung di bawah KPM untuk saluran komunikasi dan penggunaan sumber.
Akademi menjemput semua warga negara yang pernah atau sedang berkhidmat sebagai profesor di mana-mana IPTA/IPTS untuk menyertai Akademi sebagai Ahli Biasa. Profesor Madya atau Profesor bukan warga negara dialu-alukan sebagai Ahli Bersekutu.
Sehubungan dengan itu, satu taklimat bagi menjelaskan konsep, peranan, struktur dan pengoperasian Akademi Profesor akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 30 September 2019 (Isnin)
Masa: 8.30 am- 10.00 am
Tempat: Bilik Seminar 3, Aras 4, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah.
Penceramah: Yg. Brs Prof Dato’ Dr Mohd Saleh bin Jaafar, FASc , Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM merangkap Presiden Penaja Akademi Profesor Malaysia.
Majlis Profesor Universiti dengan ini menjemput semua Profesor dan Profesor Madya untuk menghadiri Taklimat berkenaan.