Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan syarat wajib penghantaran Borang Laporan Pencarian Paten (Patent Search Report Form) bersama semua dokumen-dokumen yang diwajibkan untuk permohonan dana-dana oleh KPM seperti TRGS, PRGS, LRGS, mahupun FRGS (pilihan).
Sehubungan itu, adalah menjadi kewajiban bagi semua Penyelidik mendapatkan pendedahan asas berkenaan proses perlaksanaannya selain memahami kriteria-kriteria penting dalam melengkapkan borang tersebut.
Penceramah: YBrs. Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)
Nota: Para pemohon FRGS 2020 adalah DIGALAKKAN hadir bagi mengemaskini permohonan masing-masing.
Semua penyelidik adalah dijemput hadir. >>
Sila hubungi Cik Nur Diyana Binti Mohd Ruzmi atau Cik Siti Zulfarina Binti Fadzli di talian 07-5591550 untuk sebarang pertanyaan lanjut