Webinar ini merupakan usaha sinergi antara UTM, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), PABM, Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Objektif pertama webinar ini adalah ‘Mengangkat dan menyebarluaskan kepentingan Pengajian Melayu sebagai suatu bidang ilmu.’ Manakala objektif keduanya, ‘Perkongsian dan penambahbaikan ilmu berkaitan Pengajian Melayu.’
Maklumat lanjut persidangan boleh menghubungi urus setia persidangan di talian 013-740 3995 (Dr Zaliza Mohamad Nasir) atau melalui emel m-zaliza@utm.my.