Agihan Juadah Berbuka Puasa Pelajar UTMCC
UTMCC , MalaysiaPusat Kerjaya (UTMCC) dengan kerjasama ProgradM UTM dan AJK Career Carnival mengadakan aktiviti gotong royong memasak juadah berbuka puasa untuk pelajar UTM. Sebanyak 100 bungkus makanan disediakan dan diedarkan kepada pelajar. Juadah yang disediakan adalah set nasi ayam kak wok, pengat nangka dan kuih-muih. Aktiviti ini juga bertujuan merapatkan ukhuwah antara pelajar dan staf UTMCC.