Ceramah Kesihatan JK OSHE FTIR – Cabaran Endemik : Bersediakah Kita?

  • Program ini merupakan aktiviti di bawah Jawatankuasa OSHE yang bertujuan bagi panel yang dijemput untuk berkongsi ilmu bersama staf FTIR dalam kesihatan pekerjaan. Negara kita sekarang berada di Fasa Endemik dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan menurut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022 [ P.U.(A) 83/2022 ]. SOP ini hendaklah dipatuhi oleh semua individu di seluruh Malaysia dan mula berkuat kuasa pada 1 April 2022.
    • Panel yang dijemput adalah Dr. Malar Santhi Santherasegaran (Celoteh Dr. Malar). Beliau merupakan pegawai perubatan, penceramah bebas dan pengaruh media social. Disertakan lampiran curriculum vitae panel untuk perhatian Jawatankuasa Eksekutif Fakulti Teknologi dan Informatik Razak.

     

    • Memenuhi keperluan program tahunan Jawatankuasa OSHE, FTIR.

     

    • Program ini adalah kolaborasi dengan OSHE UTMKL

     

    • Program akan melibatkan semua staf FTIR. Sekiranya ada staf PTJ lain yang berminat untuk turut hadir, adalah dialu-alukan juga.

Hari Terbuka Pascasiswazah UTM Johor Bahru

Hari Terbuka Pascasiswazah diadakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat berkaitan prosedur pengambilan, syarat kemasukan dan maklumat-maklumat lain berkaitan pengambilan pelajar ke UTM disamping maklumat terkini mengenai kursus yang ditawarkan serta berpeluang bertanya secara terus kepada wakil Program Pascasiswazah masing-masing.

Bengkel Business Model Canvas (BMC)

Sebuah Bengkel Business Model Canvas (BMC) akan diadakan secara tertutup kepada Felow Penyelidik di Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular IJN-UTM seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Januari 2022 (Isnin)
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat: Bilik Seminar, MaGICX, Blok T 03, UTM JB

Bengkel BMC ini adalah merupakan sebahagian daripada persiapan Kertas Kerja Permohonan Geran Penyelidikan Double Tax Deduction (DTD) bersama Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.

Daftar Kelab Tun Razak (DaKTaR)

DAFTAR KELAB TUN RAZAK [ DaKTaR ]

DaKTaR bertujuan untuk memberi input kepada para pelajar Universiti Teknologi Malaysia khususnya penghuni KTR mengenai:

1) Kelab-kelab yang ditubuhkan di bawah Kolej Tun Razak,

2) Mempromosikan sekali gus mencari ahli baharu bagi setiap kelab yang didaftarkan di bawah KTR untuk sesi 2021/2022.

Justeru, para pelajar dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri DaKTaR kali ini yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

 

Siri Perkongsian Ilmu : Analisis Bibliometrik Menggunakan VOSviewer

Penceramah:
En. Chew Teong Han
Pegawai Penyelidik
Pej. Timb. Naib Canselor (P&I)
Moderator:
Ts. Mohd Fadhzir bin ahmad Kamaroddin
Pegawai Penyelidik Kanan
Institute of Future Energy (IFE)
Tarikh: 11 November 2021 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi 
Platfrom: Google Meet https://meet.google.com/ska-zduh-fcs
Pendaftaran CPD melalui Google Form akan dibuka ketika program berlangsung.
Sekian, terima kasih.
“Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”
 
“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
 
KELAB PEGAWAI PENYELIDIK UTM

7th International Conference on Low Carbon Asia and Beyond (ICLCA)

The 7th International Conference on Low Carbon Asia and Beyond (ICLCA’21) serves as a high‐impact platform, bringing together researchers and multi‐stakeholders from academia, government and private sectors to share the knowledge and experiences for the transformation towards low-carbon development in Asia and beyond.